Bismillah..
Hari ni mami nak cerita pengalaman pergi mncari pra sekolah untuk si anak sulung Alma Sofia. Mami yang excited lebih, yer lah sebab anak sulong baru nak bersekolah walaupun umur dah 5 tahun. Ada orang yang berkerjaya, awal-awal lagi dah hantar ke sekolah kan. Macam mami ni surirumah jer, jadi boleh mengajar sendiri perkara-perkara asas.
Makanya awal tahun dalam bulan 5 hari tu, berpusing la mami anak beranak ke area melaka tengah sebab nak mencari sekolah cina yang ada Prasekolah. Satu persatu sekolah cina kami jengah untuk tanyakan jika ada prasekolah. Kalau nak hantar ke tadika swasta agak mahal juga kos nya. Sekolah yang dekat dengan rumah, SJKC Chabau Tmn Angkasa Nuri 76100 Melaka. Tak la dekat sangat pun, ambil masa 25 minit juga. Pergi ke sekolah tu dan tanya pada cikgu pra, dia kata hanya kanak-kanak yang ada asas bahasa cina je boleh masuk dan kalau masuk pra di situ, masa darjah 1 pun kene sekolah di situ juga. Agak kecewa juga la masa tu, tapi...cikgu baik hati ni bagitahu, ada sekolah rendah area Tengkera baru buka untuk pengambilan budak pra sekolah. Sebelum ni sekolah sjkc chung kuo tu tak ada prasekolah. (patutlah mami search dalam google tak tersenarai nama sekolah ni).
Dengan penuh harapan, kami pun terus cari SJKC Chung Kuo ,Tengkera. Sekolahnya nampak tenang, kecik je dan tak ramai pelajar. Dalam hati berkata, okey la ni, sebab cikgu senang nak fokus pada pelajar. Kalau dapat sekolah ni memang bagus sangat. Mami memang prefer hantar anak kat sekolah kawasan kampung macam ni. Sebab mami dulu pun sekolah cina kawasan perkampungan yang hanya ada 45 orang pelajar sahaja dalam satu sekolah. Boleh bayangkan tak bertapa kecilnya sekolah tu.hihi..(sibuk plak nk cite pasal sekolah mami dulu)
Okey, sesampainya kat sjkc chung kuo, terus naik ke ofis dan minta borang pada kerani. Bawak balik borang, Lepas settle je fill up semua, hantar semula pada mereka. Senang je, tak ada minta gambar ke apa. Cuma perlukan pengesahan majikan bagi parents yang bekerja. Pastu tunggu keputusan dapat ke tidak. Setiap hari lah mami berdoa agar Alma dapat masuk ke situ. Sebab ramai yang cakap susah nk dapat prasekolah cina dan limit untu 25 orang sahaja.
Alhamdulillah, 5 Nov 2016, dapat panggilan telefon dari sekolah chung kuo, menyatakan yang Alma diterima masuk ke sekolah tu. Sebelum tu cikgu Boong tu tanya, "Boleh ke anak you sekolah sini?" . Laju je en suami menjawab, "boleh sebab ibu dia pandai cakap cina", confident betul en suami ni tau! haha..sib baik dia yang pic up fon, kalau mami yang pick up? mau cikgu Boong tu speaking mandarin ngan mami.
Bersyukur sangat dan happy betul mami Alma ni. Tak sabar tunggu 15 nov nanti kene pergi sekolah untuk ukur baju dan sedikit taklimat. Semoga dipermudahkan segala urusan mami dan Alma. Hah, nanti mami update lagi ye.
Terima kasih yang sudi baca post pertama mami ni. Kalau rajin dan baik hati, jemput lah follow mami ye.
Ini senarai sekolah SJKC yang ada prasekolah area melaka sahaja.
SJKC Chabau Tmn Angkasa Nuri 76100 Melaka
SJKC Kuang Hwa Umbai, Merlimau, 77300 Melaka
SJKC Lendu, Alor Gajah, 78000 Melaka
SJKC Machap Baru Alor Gajah, 78000 Melaka
SJKC Machap Umboo Kg.Machap Umboo, A.Gajah, 78000 Melaka
SJKC Sungai Udang Sg. Udang 76300 Melaka
SJKC Tiang Dua KM 16,Kg. Baru, Tiang Dua 75460 Melaka
SJKC Yu Ying Jln Bukit Godek,Semabok 75050 Melaka
SJKC MASJID TANAG [ MASJID TANAH] 78300 MELAKA
Selebihnya kalau nak hantar anak ke sekolah Tamil atau sekolah kebangsaan, boleh ke link ni terus ye. Ada senarai sekolah yang terdapat prasekolah.
Assalamualaikum sis..
ReplyDeleteTahun depan ank saya 5 tahun dan bercadang nak hantar ank ke skolah skjc. Tapi family saya xda yang pandai mandarin..boleh ke saya hantar anak ke prasekolah skjc..atau hantar yg swasta punya lebih baik?
boleh hanta je...sy dulu pon famly xde yg background pandai ckp cina...sy belajr sndri masa dekat sekolah dulu..insyallah dye boleh belajar..kalau hanta swasta nnt cikgu tu mintak mak or sape2 yg pandai ckp cina kena selalu interaksi dgn dye..baik hanta sjkc je at least dia boleh belajar pembelajaran darjah 1...
ReplyDeletePlaytech - New Zealand's #1 supplier of gaming equipment
ReplyDeletePlaytech, an innovator https://jancasino.com/review/merit-casino/ of software and services for online 바카라 사이트 gaming and febcasino iGaming products, casinosites.one have partnered with supplier Casino.