Friday, November 11, 2016

Apa tu Garam Buluh

Apakah bezanya Hai-O Garam Buluh dengan garam biasa?
Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai sumber. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea.
Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Garam buluh telah menyingkirkan bahan berbahaya terhadap badan (misalnya logam berat dan bahan kimia) dalam proses pembuatannya, pada masa yang sama meningkatkan nilai nutrisinya.
Kebanyakan garam melalui pemprosesan kimia, kandungan natrium adalah lebih tinggi, justeru itu, pengambilan masa panjang akan memudaratkan kesihatan.



Hai-O Garam Buluh Premier Cooking Salt Powder
Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea.
Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk.
Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya.


Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garam Buluh?
Boleh, dengan saiz pengambilan yang kurang iaitu ¼ hingga ½ bungkus.
Bolehkah pesakit tekanan darah tinggi mengambil Hai-O Garam Buluh?
Boleh, kandungan natrium dalam garam buluh adalah sangat rendah, tidak akan mempengaruhi tekanan darah. Manakala kandungan bahan mineral yang banyak dapat memperbaiki kesihatan badan.
Hai-O Garam Buluh mempunyai bau yang tidak menyenangkan, apakah bau itu? Adakah ia membahayakan badan manusia?
Bau garam buluh adalah bau semulajadi yang terhasil selepas pembakaran dengan buluh dalam proses pembuatannya. Ia tidak membahayakan badan manusia.
Bolehkah garam makan seharian diganti dengan Hai-O Garam Buluh?
Boleh, Hai-O Garam Buluh kaya dengan bahan mineral dan elemen surih, dapat menggantikan garam biasa sepenuhnya.
Ramuan Utama:
Garam Buluh
Keberkesanan:

Monday, November 7, 2016

Mencari PraSekolah Cina area Melaka

Bismillah..


Hari ni mami nak cerita pengalaman pergi mncari pra sekolah untuk si anak sulung Alma Sofia. Mami yang excited lebih, yer lah sebab anak sulong baru nak bersekolah walaupun umur dah 5 tahun. Ada orang yang berkerjaya, awal-awal lagi dah hantar ke sekolah kan. Macam mami ni surirumah jer, jadi boleh mengajar sendiri perkara-perkara asas.

Makanya awal tahun dalam bulan 5 hari tu, berpusing la mami anak beranak ke area melaka tengah sebab nak mencari sekolah cina yang ada Prasekolah. Satu persatu sekolah cina kami jengah untuk tanyakan jika ada prasekolah. Kalau nak hantar ke tadika swasta agak mahal juga kos nya. Sekolah yang dekat dengan rumah, SJKC Chabau Tmn Angkasa Nuri 76100 Melaka. Tak la dekat sangat pun, ambil masa 25 minit juga. Pergi ke sekolah tu dan tanya pada cikgu pra, dia kata hanya kanak-kanak yang ada asas bahasa cina je boleh masuk dan kalau masuk pra di situ, masa darjah 1 pun kene sekolah di situ juga. Agak kecewa juga la masa tu, tapi...cikgu baik hati ni bagitahu, ada sekolah rendah area Tengkera baru buka untuk pengambilan budak pra sekolah. Sebelum ni sekolah sjkc chung kuo tu tak ada prasekolah. (patutlah mami search dalam google tak tersenarai nama sekolah ni). 


Dengan penuh harapan, kami pun terus cari SJKC Chung Kuo ,Tengkera. Sekolahnya nampak tenang, kecik je dan tak ramai pelajar. Dalam hati berkata, okey la ni, sebab cikgu senang nak fokus pada pelajar. Kalau dapat sekolah ni memang bagus sangat. Mami memang prefer hantar anak kat sekolah kawasan kampung macam ni. Sebab mami dulu pun sekolah cina kawasan perkampungan yang hanya ada 45 orang pelajar sahaja dalam satu sekolah. Boleh bayangkan tak bertapa kecilnya sekolah tu.hihi..(sibuk plak nk cite pasal sekolah mami dulu) 



Okey, sesampainya kat sjkc chung kuo, terus naik ke ofis dan minta borang pada kerani. Bawak balik borang, Lepas settle je fill up semua, hantar semula pada mereka. Senang je, tak ada minta gambar ke apa. Cuma perlukan pengesahan majikan bagi parents yang bekerja. Pastu tunggu keputusan dapat ke tidak. Setiap hari lah mami berdoa agar Alma dapat masuk ke situ. Sebab ramai yang cakap susah nk dapat prasekolah cina dan limit untu 25 orang sahaja.



Alhamdulillah, 5 Nov 2016, dapat panggilan telefon dari sekolah chung kuo, menyatakan yang Alma diterima masuk ke sekolah tu. Sebelum tu cikgu Boong tu tanya, "Boleh ke anak you sekolah sini?" . Laju je en suami menjawab, "boleh sebab ibu dia pandai cakap cina", confident betul en suami ni tau! haha..sib baik dia yang pic up fon, kalau mami yang pick up? mau cikgu Boong tu speaking mandarin ngan mami. 


Bersyukur sangat dan happy betul mami Alma ni. Tak sabar tunggu 15 nov nanti kene pergi sekolah untuk ukur baju dan sedikit taklimat. Semoga dipermudahkan segala urusan mami dan Alma. Hah, nanti mami update lagi ye.

Terima kasih yang sudi baca post pertama mami ni. Kalau rajin dan baik hati, jemput lah follow mami ye.

Ini senarai sekolah SJKC yang ada prasekolah area melaka sahaja.

SJKC Chabau Tmn Angkasa Nuri 76100 Melaka
SJKC Kuang Hwa Umbai, Merlimau, 77300 Melaka
SJKC Lendu, Alor Gajah, 78000 Melaka
SJKC Machap Baru Alor Gajah, 78000 Melaka
SJKC Machap Umboo Kg.Machap Umboo, A.Gajah, 78000 Melaka
SJKC Sungai Udang Sg. Udang 76300 Melaka
SJKC Tiang Dua KM 16,Kg. Baru, Tiang Dua 75460 Melaka
SJKC Yu Ying Jln Bukit Godek,Semabok 75050 Melaka
SJKC MASJID TANAG [ MASJID TANAH] 78300 MELAKA

Selebihnya kalau nak hantar anak ke sekolah Tamil atau sekolah kebangsaan, boleh ke link ni terus ye. Ada senarai sekolah yang terdapat prasekolah.